Sintesis dan pencirian getah asli cecair terhidrogen untuk adunan polimer

Sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida (HH/H2O2) digunakan untuk menjana sumber hidrogen bagi tujuan penghidrogenan getah asli cecair (LNR) melalui penghasilan diimida. Spesies diimida yang terhasil akan membekalkan sumber hidrogen kepada ikatan karbon ganda dua dalam rantai polimer LNR. Getah as...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Jefri Mohd Yusof, Ibrahim Abdullah, Siti Fairus M Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11540/1/19%20Muhammad%20Jefri.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11540/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_2017/contentsVol46num10_2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida (HH/H2O2) digunakan untuk menjana sumber hidrogen bagi tujuan penghidrogenan getah asli cecair (LNR) melalui penghasilan diimida. Spesies diimida yang terhasil akan membekalkan sumber hidrogen kepada ikatan karbon ganda dua dalam rantai polimer LNR. Getah asli cecair terhidrogen (HLNR) yang terhasil menunjukkan ciri lebih tahan suhu berbanding LNR. Suhu degradasi HLNR didapati meningkat pada 435°C berbanding LNR iaitu pada 381°C. HLNR seterusnya dijadikan pengserasi dalam penghasilan adunan polimer polistirena/getah asli, PS/NR/HLNR (60/35/5). Kekuatan regangan dan impak PS/NR masing-masing meningkat sebanyak 70.7% dan 149.6% setelah HLNR ditambah sebagai pengserasi dalam adunan. Beberapa pemerhatian morfologi melalui mikroskop optik dan SEM turut menyokong kesan penyerasian adunan PS/NR dengan HLNR.