Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar

Peristiwa komunikatif wawancara merupakan suatu peristiwa dua hala yang bersifat interaktif. Dalam peristiwa komunikatif wawancara, pola komunikasi yang diujarkan melalui lakuan bahasa tertentu memberi makna mengikut maksud ujaran daripada pemeran. Komunikasi berkesan dapat mengungkap persoalan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat, Siti Rasyidah Sanudin, Sarinah Suliman, Ahmad Mahmood Musanif
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11642/1/14650-57784-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11642/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/999
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peristiwa komunikatif wawancara merupakan suatu peristiwa dua hala yang bersifat interaktif. Dalam peristiwa komunikatif wawancara, pola komunikasi yang diujarkan melalui lakuan bahasa tertentu memberi makna mengikut maksud ujaran daripada pemeran. Komunikasi berkesan dapat mengungkap persoalan siapa, bila, bagaimana, dan apa yang dapat menjelaskan segala keraguan dalam sesuatu pola komunikasi. Ini secara tidak langsung menyentuh kepada penelitian terhadap komponen dalam peraturan interaksi. Justeru, persoalan tentang etiket bahasa perlu diberi penekanan, kerana etiket bahasa memberi perhatian kepada cara-cara bahasa diungkapkan, berteraskan peraturan sosial dan budaya komuniti penuturnya. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan peraturan interaksi melalui pola komunikasi yang diujarkan oleh pemeran dalam peristiwa komunikatif. Tumpuan kajian adalah terhadap wawancara dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia dengan memberi penelitian terhadap peraturan interaksi yang terdapat dalam peristiwa komunikatif wawancara akhbar. Analisis data dilakukan dengan mengikut pendekatan etnografi komunikasi, dengan memberi tumpuan hanya kepada satu komponen, iaitu komponen norma interaksi. Berdasarkan kajian peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar ini didapati peraturan interaksi melalui penggunaan bahasa lisan dalam suasana formal dapat menyumbang kepada keberkesanan komunikasi dalam suatu hubungan sosial yang diseimbangkan dengan pemahaman terhadap latar budaya pemeran. Ini menjelaskan bahawa etiket bahasa amat dititiberatkan dalam mencapai matlamat suatu perbincangan yang interaktif. Kebijaksanaan pemeran dalam mematuhi peraturan interaksi yang menjadi nilai tradisi suatu komuniti dapat dimanfaatkan untuk memastikan komunikasi berkesan dicapai. Bahkan dalam suatu perbincangan interaktif kematangan setiap pemeran memberi hujah dapat dinilai daripada kemampuan pemeran memahami budaya yang melatari komuniti tertentu.