Aset pelancongan luar bandar daripada lensa komuniti Lembah Beriah

Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat di dunia sekaligus menjadi pemacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Habibah Ahmad, Asmilah Hani Mohamad, Hamzah Jusoh, Mastura Mahmud, Hazita Azman, Norngainy Mohd Tawil, Shamshubaridah Ramlee, Ruhaiza Abu Bakar, Amirah Muhammad Zin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11885/1/16720-49115-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11885/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/885
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat di dunia sekaligus menjadi pemacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti (1) tarikan (attractions), (2) ketersampaian (accessibility), (3) kemudahan (amenities), (4) pakej pelancongan (available packages), (5) aktiviti pelancongan (activities) dan (6) perkhidmatan sampingan (ancillary services). Lembah Beriah merupakan salah satu kawasan di dalam Daerah Kerian, Perak dan memiliki taburan bentuk muka bumi yang menarik dan boleh dibangunkan untuk menjadi salah satu pusat pelancongan di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti aset pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Lembah Beriah. Berdasarkan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang komuniti di Lembah Beriah mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset pelancongan di Lembah Beriah yang menarik dan berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, terdiri daripada produk alam semula jadi dan buatan manusia. Aset pelancongan alam semulajadi meliputi sawah padi dan tasik sementara aset pelancongan budaya dan warisan merangkumi seni silat, kraftangan dan gastronomi setempat.