Aktiviti penyeludupan migran dalam lalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia

Penyeludupan migran merupakan aktiviti jenayah rentas sempadan yang dapat memberi keuntungan kepada pihak yang menguruskannya. Golongan pendatang yang menggunakan kaedah ini dianggap sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana proses kemasukan mereka ini telah melanggari undang-undang di sese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Na’eim Ajis, Zawiyah Mohd Zain, Mohamad Faisol Keling, Ummu Atiyah Ahmad Zakuan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11892/1/17854-51614-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11892/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penyeludupan migran merupakan aktiviti jenayah rentas sempadan yang dapat memberi keuntungan kepada pihak yang menguruskannya. Golongan pendatang yang menggunakan kaedah ini dianggap sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana proses kemasukan mereka ini telah melanggari undang-undang di sesebuah negara. Oleh itu, artikel ini bertujuan menjelaskan aktiviti penyeludupan migran yang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Antara elemen yang dibincangkan adalah sempadan yang dilalui, pengangkutan yang digunakan, bayaran yang dibuat kepada pihak sindiket, pihak-pihak yang memberi bantuan, negara-negara yang dilalui dan taktik-taktik penyeludupan yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti menjalankan temu bual, perbincangan berfokus secara berkumpulan dan pemerhatian. Sampel kajian ini adalah 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Belantik, Sik, Kedah, golongan pelarian dan pihak berkuasa yang mempunyai kaitan dengan jenayah penyeludupan migran seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Rejimen Renjer Sempadan. Hasil kajian mendapati aktiviti penyeludupan migran memang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi keadaannya masih terkawal. Ia juga telah menyebabkan pihak keselamatan sentiasa mempertingkatkan kawalan dengan melaksanakan pelbagai strategi untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa. Kesimpulannya, pihak sindiket memainkan peranan yang penting dalam penyeludupan migran. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pihak keselamatan dan tindakan mereka sering selangkah kehadapan kerana rangkaian sindiket sukar dikesan.