Kaedah pengajaran subjek Hifz al-Qur’an terhadap pelajar tahfiz di Marsah, Johor

Kajian ini menganalisis tentang pelajar tahfiz terhadap kaedah pengajaran subjek di Jabatan Tahfiz al-Quran, Kolej Pengajian Islam, Johor (Marsah). Seramai enam orang responden telah dipilih, iaitu tiga orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang menduduki semester akhir, iaitu serama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Intan Zakiah Jamaluddin, Mohamad Khairi Othman, Mohd Zailani Mohd. Yusof, Mardzelah Makhsin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12105/1/25693-76675-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12105/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1090
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini menganalisis tentang pelajar tahfiz terhadap kaedah pengajaran subjek di Jabatan Tahfiz al-Quran, Kolej Pengajian Islam, Johor (Marsah). Seramai enam orang responden telah dipilih, iaitu tiga orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang menduduki semester akhir, iaitu seramai enam orang. Bilangan ini adalah memadai bagi analisis penerokaan data kualitatif. Pemilihan responden pada tahap ini adalah berasaskan kepada gred pencapaian dalam subjek Ḥifẓ al-Qur’an iaitu gred pencapaian mumtaz (cemerlang), jayyid (baik) dan maqbul (lulus). Bagi tujuan menilai kaedah pengajaran subjek Ḥifẓ al-Qur’an, sesi temu bual telah dijalankan ke atas pelajar. Kandungan temu bual merangkumi ilmu, kemahiran dan personaliti pensyarah, aktiviti pengajaran serta amalan pengajaran subjek Ḥifẓ al-Qur’an yang digunakan oleh pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah subjek Ḥifẓ al-Qur’an menggunakan kaedah tersendiri dalam pengajaran di samping menekankan tatacara pembacaan al-Quran. Dari segi aktiviti pengajaran subjek Hifz al-Quran, pensyarah melaksanakan aktiviti tasmī. Dari segi amalan pengajaran pensyarah, menjalankan aktiviti murājaʿaṯ pada setiap hari. Pensyarah turut memberikan tanggungjawab menghafaz al-Quran secara formal di hadapan pensyarah kepada pelajar lelaki pada setiap hari, manakala bagi pelajar perempuan, pensyarah mengkhususkan aktiviti murajaʿaṯ semasa maʿdhuraṯ. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa elemen yang harus diberi perhatian bagi meningkatkan pengajaran subjek Ḥifẓ al-Qur’an seperti penekanan aspek murājaʿaṯ dan usaha meningkatkan gred pencapaian pelajar perempuan.