Kesan suhu celupan ke atas mikrostruktur dan kekerasan salutan aluminium pada keluli karbon
Keluli karbon amat mudah terkakis dalam pelbagai persekitaran terutamanya dalam keadaan berudara lembap dan suhu tinggi. Oleh sebab itu, permukaan keluli karbon perlu dilindungi dengan bahan atau logam yang mampu menangani serangan kakisan yang agresif dengan membentuk lapisan oksida dan lapisan ant...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12130/1/21%20Emee%20Marina%20Salleh.pdf http://journalarticle.ukm.my/12130/ http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil6_2018/KandunganJilid47Bil6_2018.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keluli karbon amat mudah terkakis dalam pelbagai persekitaran terutamanya dalam keadaan berudara lembap dan suhu tinggi. Oleh sebab itu, permukaan keluli karbon perlu dilindungi dengan bahan atau logam yang mampu menangani serangan kakisan yang agresif dengan membentuk lapisan oksida dan lapisan antara logam yang bersifat pelindung. Kajian ini dijalankan untuk menentukan mikrostruktur permukaan dan kekerasan salutan aluminium (Al) tulen yang telah dihasilkan melalui teknik celupan panas. Celupan panas dalam leburan Al tulen dilakukan pada suhu berbeza untuk mendapatkan lapisan salutan yang optimum. Keputusan teknik celupan panas menunjukkan dua lapisan utama terhasil iaitu lapisan luar Al dan lapisan dalam aluminit (Fe-Al). Manakala lapisan dalam aluminida terdiri daripada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan nipis luar FeAl3 dan lapisan tebal dalam Fe2Al5. Keputusan daripada ujian mikrokekerasan Vickers menunjukkan bahawa nilai kekerasan lapisan aluminida meningkat dengan peningkatan suhu leburan Al manakala lapisan Al tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara. |
---|