Satira politik: analisis Internet trolling di Malaysia
Satira politik merupakan satu bentuk komunikasi politik terdiri daripada pelbagai jenis. Satira politik melalui pendekatan Internet trolling pula dilihat semakin berkembang di Malaysia. Internet trolling boleh didapati dalam bentuk gambar (memes) atau rakaman (video) dan merupakan salah satu medi...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12252/1/19072-78642-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12252/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Satira politik merupakan satu bentuk komunikasi politik terdiri daripada pelbagai jenis. Satira politik
melalui pendekatan Internet trolling pula dilihat semakin berkembang di Malaysia. Internet trolling
boleh didapati dalam bentuk gambar (memes) atau rakaman (video) dan merupakan salah satu
medium yang menarik digunakan dalam media sosial sebagai alat menyampaikan maklumat.
Fenomena ini telah menular dalam kebanyakan aplikasi media sosial. Internet trolling seringkali
digunakan terhadap para pemimpin politik sebagai bahan sindiran. Fenomena ini semakin rancak
kerana rakyat kini dilihat cenderung untuk mendapatkan maklumat berkenaan berita politik
menggunakan media baharu. Ini kerana medium ini mudah untuk diakses dan lebih bebas. Artikel ini
memberi tumpuan kepada penyertaan pengguna media sosial dalam komunikasi politik berbentuk
satira. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan sorotan kajian yang terbatas dan pembacaan teori
mobilisasi sosial dan teori penggunaan dan kepuasan media. Analisis kualitatif kandungan pula
dipilih sebagai metodologi kajian. Media sosial Facebook menjadi medium analisis manakala komenkomen
pengguna Facebook digunakan sebagai unit analisis. Kajian ini merumuskan bahawa
fenomena trolling politik dalam media sosial menjadi indikator bahawa corak kebebasan bersuara
dalam kalangan masyarakat kian berubah. Sungguhpun trolling politik yang selama ini tersebar
melalui pelbagai aplikasi media sosial ini dilihat agak keterlaluan, namun pemimpin-pemimpin ini
masih meneruskan tugas masing-masing tanpa menghiraukan bahan satira yang keterlaluan
tersebut. |
---|