Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa

Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti dalam kehidupan, menghuraikan bentuk bahasa yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaitul Azma Zainon Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12259/1/26167-78654-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12259/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti dalam kehidupan, menghuraikan bentuk bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan realiti dalam kehidupan dan realiti kehidupan yang diungkapkan dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis teks. Sebanyak empat Laporan dan rencana Bajet 2018 yang dimuat turun daripada laman sesawang dijadikan bahan kajian. Laporan dan rencana berkaitan Bajet 2018 ini seterusnya dianalisis beralaskan teori Semantik Umum. Hasil kajian mendapati bahasa yang digunakan dalam rencana Bajet 2018 dapat menggambarkan realiti kehidupan dan begitu juga sebaliknya. Penggunaan frasa, ‘berita gembira’ (Data 1), ‘ekonomi tengah tak sedap’, (Data 2), ‘menyentuh terus nukleus’ (Data 3), ‘mencari modal baharu’ (Data 4) dan ‘bajet inklusif’ (Data 6) telah menggambarkan realiti kehidupan dalam bahasa Melayu melalui elemen entiti, rujukan, ruang dan masa. Sementara itu, penggunaan ungkapan sinis ‘manis di mulut’ (Data 3), ‘mengorek kelompongan’ ‘modal mereka ke hulu ke hilir’ dan ‘mencari modal baharu’ (Data 4) memperlihatkan realiti dalam kehidupan dari segi rujukan dan persepsi. Seterusnya, penggunaan frasa ‘ekonomi tengah tak sedap’, ‘terasa terhimpit’ serta ‘mencari dan membuka peluang’ memperlihatkan satu rujukan yang berkaitan dengan realiti kehidupan masa kini. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa aplikasi Semantik Umum dalam kajian ini telah dapat membuktikan bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa.