Bahasa Melayu Negeri Sembilan dan isu imperialisme linguistik

Dari sudut sejarah, kawasan yang kini dinamakan Negeri Sembilan selain menerima pengaruh asing seperti Melaka, Johor, Siak, dan Minangkabau, juga memiliki penduduk asal. Bagaimanapun, pengaruh Minangkabau lebih ketara apabila masyarakat di kawasan ini menerima pakai sistem sosial adat perpatih. Ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris Aman, Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12452/1/jatma-2018-0601-02.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12452/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dari sudut sejarah, kawasan yang kini dinamakan Negeri Sembilan selain menerima pengaruh asing seperti Melaka, Johor, Siak, dan Minangkabau, juga memiliki penduduk asal. Bagaimanapun, pengaruh Minangkabau lebih ketara apabila masyarakat di kawasan ini menerima pakai sistem sosial adat perpatih. Kesan kontak itu adalah sering berlaku silap faham tentang Negeri Sembilan kini. Apabila disebut Negeri Sembilan, orang awam terus merujuknya sebagai ‘Minang’. Stereotaip ini lebih ketara dalam kes bahasa. Dengan itu, tujuan kajian ini ialah mengenal pasti dan menghuraikan ciri bunyi asli bahasa Negeri Sembilan (BNS) berbanding bahasa Minangkabau (BMkb). Berasaskan tujuan pertama, tujuan kedua ialah merumus dan menjelaskan isu imperialisme linguistik BMkb ke atas BNS. Ciri unik BNS diuji melalui penyebutan 100 perkataan oleh 30 orang informan penutur BNS dan BMkb di Malaysia dan Sumatera. Hasil kajian mendapati 13 (76%) bunyi di pelbagai kedudukan dalam kata adalah unik BNS, dan hanya empat (24%) bunyi yang sama dengan BMkb. Sekurang-kurangnya sembilan daripada 17 ciri fonologi itu pula adalah mirip variasi bahasa Melayu Selatan Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Perak Selatan hingga Johor dan bahasa standard. Dapatan tersebut memperlihatkan bahawa, daripada segi fonologi BNS adalah bebas imperialisme linguistik BMkb. Kalaupun daripada segi sejarahnya dikatakan sebahagian penduduk Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, tetapi setelah lebih 600 tahun, ditambah dengan keterpisahan dengan wilayah asal oleh laut, asimilasi dan integrasi dengan penduduk asal serta wilayah lain di sekitarnya, BNS bangkit dan membentuk identiti linguistik sendiri, khususnya fonologi.