Kearifan masyarakat prasejarah Jenderam Hilir melalui jumpaan artifak arkeologi
Jenderam Hilir mula menjadi sebutan apabila sebuah syarikat perlombongan timah telah menjumpai artifak-artifak sewaktu melakukan kerja-kerja perlombongan pada 1977 hingga 1979. Jumpaan artifak di lembangan sungai ini menunjukkan perkembangan sosial dan budaya masyarakat melalui artifak dan teknolo...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12482/1/jatma-2018-0603-06.pdf http://journalarticle.ukm.my/12482/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Jenderam Hilir mula menjadi sebutan apabila sebuah syarikat perlombongan timah telah menjumpai artifak-artifak
sewaktu melakukan kerja-kerja perlombongan pada 1977 hingga 1979. Jumpaan artifak di lembangan sungai ini
menunjukkan perkembangan sosial dan budaya masyarakat melalui artifak dan teknologi masyarakat waktu itu. Jumpaan
artifak menunjukkan terdapatnya perkembangan sosio-budaya masyarakat tempatan dari zaman Neolitik hingga zaman
Logam. Oleh yang demikian, artifak ini boleh dijadikan panduan bagaimana tahap pemikiran masyarakat Jenderam
waktu itu. Ini bagi merungkai sama ada barangan ini di bawa dari luar atau dibuat di kawasan sekitar. Jika barangan
ini dibawa dari luar bermakna sudah ada perhubungan perdagangan antara masyarakat di Jenderam dengan pelabuhan
pembekal lain seperti entrepot yang berada di Klang ataupun Kedah. Jika barangan yang dijumpai dibuktikan dibuat
di kawasan sekitar bermakna masyarakat waktu itu telah mempunyai teknologi dan kearifannya tersendiri. Oleh yang
demikian, jumpaan artifak ini menunjukkan kepentingan daripada sudut arkeologi tapak Jenderam Hilir ini khususnya
dan Selangor amnya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan mengumpulkan
kembali hasil-hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh para pengkaji terdahulu. Tujuan kajian ini dilakukan adalah
untuk menilai kembali kepentingan tapak Jenderam Hilir bagi dijalankan kajian semula melalui kaedah ekskavasi. |
---|