Kajian terhadap kriteria rekabentuk blok saling kunci dengan pendekatanperindustrian, fleksibel dan nyah-pasang

Sistem binaan berindustri (IBS) adalah suatu sistem pembinaan yang menggunakan kerja-kerja tambahan yang minimum di mana komponen, elemen dan panel dihasilkan di kilang, diangkut, ditempatkan dan dipasang menjadi struktur bangunan yang lengkap di tapak bina. Komponen dinding adalah salah satu elemen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azizuddin Tarja, Maslina Jamil, Muhammad Fauzi Mohd Zain
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12632/1/8.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12632/
http://www.ukm.my/jkukm/volume-301-2018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sistem binaan berindustri (IBS) adalah suatu sistem pembinaan yang menggunakan kerja-kerja tambahan yang minimum di mana komponen, elemen dan panel dihasilkan di kilang, diangkut, ditempatkan dan dipasang menjadi struktur bangunan yang lengkap di tapak bina. Komponen dinding adalah salah satu elemen utama bangunan yang menggunakan IBS. Kekurangan rekabentuk terbaik yang mampu memenuhi kehendak binaan di tapak menyebabkan pembaziran. Pengeluaran IBS belum mampu memenuhi permintaan pasaran pembinaan yang meningkat saban tahun. Justeru kerajaan sangat menggalakkan pembangunan dan pengeluaran produk IBS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan binaan komponen dinding dalam pembinaan IBS seterusnya menganalisis data bagi mendapatkan rekabentuk terbaik yang memenuhi konsep pemasangan dinding IFD (Industrial, Flexible and Demountable). Metodologi kajian yang dijalankan adalah pengumpulan maklumat melalui kajian soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dalam industri IBS. Berdasarkan analisa data, keputusan yang telah diperolehi mendapati bahawa responden lebih cenderung memilih saiz koordinasi panel 600mm x 300mm x 150mm dengan menggunakan konkrit ringan sebagai bahan pilihan. Kajian rekabentuk inovasi IBS melalui pendekatan IFD adalah penting dalam membawa satu era baru dalam peningkatan teknologi binaan di Malaysia.