Ketoksikan akut arsenik, kromium dan selenium terhadap moluska air tawar di Malaysia; Filopaludina sumatrensis dan Corbicula fluminea

Masalah pencemaran sumber air tawar dan kesan ketoksikan logam telah mendapat perhatian di serata negara. Dua spesies organisma air tawar daripada filum moluska Filopaludina sumatrensis dan Corbicula fluminea didedahkan kepada tiga logam terpilih iaitu arsenik (As) kromium (Cr) dan selenium (Se) pad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Akhma Zakaria, Ahmad Abas Kutty
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12640/1/02%20Nurul%20Akhma%20Zakaria.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12640/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil11_2018/KandunganJilid47Bil11_2018.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masalah pencemaran sumber air tawar dan kesan ketoksikan logam telah mendapat perhatian di serata negara. Dua spesies organisma air tawar daripada filum moluska Filopaludina sumatrensis dan Corbicula fluminea didedahkan kepada tiga logam terpilih iaitu arsenik (As) kromium (Cr) dan selenium (Se) pada kepekatan berbeza selama 96 jam di dalam makmal terkawal. Kadar kematian dinilai serta kepekatan kematian median (LC50) dan masa kematian median (LT50) dihitung. Nilai LC50 dan LT50 didapati menurun dengan pertambahan masa dan kepekatan pendedahan bagi kedua-dua spesies dan kesemua logam. Keputusan daripada kajian ini memperlihatkan ketoksikan logam As, Cr dan Se semakin meningkat dengan peningkatan kepekatan dan masa pendedahan logam kepada F. sumatrensis dan C. fluminea. Nilai LC50 96 jam As, Cr dan Se bagi F. sumatrensis adalah 4.22, 3.78 dan 45.92 mg/L dan 11.84, 2.23 dan 35.63 mg/L masing-masing bagi C. fluminea. Keputusan menunjukkan Cr adalah logam paling toksik terhadap F. sumatrensis dan C. fluminea. Trend ketoksikan logam bagi kedua-dua moluska ini adalah sama iaitu Cr > As > Se.