Model kecemerlangan prestasi berasaskan nilai teras: kesan faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi universiti awam
Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (Value-Based Total Performance Excellence Model, VBTPEM) merupakan satu daripada alat pengukur prestasi organisasi secara keseluruhan yang menekankan kepada pengukuran aspek-aspek tidak zahir, iaitu nilai-nilai teras organisasi. Dalam makalah ini,...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12730/1/jqma-14-1-paper5.pdf http://journalarticle.ukm.my/12730/ http://www.ukm.my/jqma/jqma14_1a.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (Value-Based Total Performance Excellence Model, VBTPEM) merupakan satu daripada alat pengukur prestasi organisasi secara keseluruhan yang menekankan kepada pengukuran aspek-aspek tidak zahir, iaitu nilai-nilai teras organisasi. Dalam makalah ini, prestasi universiti awam diukur berasaskan faktor dalaman meliputi nilai kepimpinan, pengurusan sumber dan budaya, dan juga faktor luaran, iaitu nilai pihak-pihak berkepentingan. Sebelas buah uinversiti awam telah mengambil bahagian dalam satu tinjauan pengukuran nilai-nilai teras menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan perisian SmartPLS untuk mengkaji hubungan faktor-faktor yang dinyatakan dan prestasi Keputusan daripada analisis PPS-KDTS yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara nilai-nilai dalam pengurusan sumber dan prestasi universiti awam, dengan nilai-nilai budaya organisasi sebagai pemboleh ubah pengantara serta wujud hubungan tidak langsung yang signifikan antara nilai-nilai kepimpinan dan prestasi universiti awam melalui nilai-nilai pihak berkepentingan. |
---|