Meneroka strategi daya tindak golongan ibu dalam menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy

Pengalaman tinggal bersama individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan mampu memberi kesan signifikan terhadap keseluruhan ahli keluarga terutamanya kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara sehingga mempengaruhi kefungsian sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, artikel ini mengenal pasti st...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tharshini Sivabalan, Ezarina Zakaria, Aizan Sofia Amin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12835/1/21510-81007-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12835/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1064
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pengalaman tinggal bersama individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan mampu memberi kesan signifikan terhadap keseluruhan ahli keluarga terutamanya kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara sehingga mempengaruhi kefungsian sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, artikel ini mengenal pasti strategi daya tindak golongan ibu yang menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy (CP). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif telah dijalankan terhadap enam orang ibu yang mempunyai anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy. Kaedah temubual mendalam digunakan untuk mengumpul data berkaitan strategi daya tindak yang dipraktikkan oleh golongan ibu dalam menjaga anak mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan ibu yang berusia 33 hingga 52 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,200 hingga RM3,000 serta mempunyai dua hingga tiga orang anak. Dapatan kajian juga mendapati bahawa informan mempraktikkan empat jenis strategi daya tindak iaitu; (i) strategi daya tindak kawalan diri, (ii) strategi daya tindak sokongan sosial, (iii) strategi daya tindak penerimaan tanggungjawab dan (iv) strategi daya tindak penyelesaian masalah secara terancang dalam menangani tekanan dan krisis dalam kehidupan mereka. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan dalam membantu golongan ibu bagi memperkasa serta memberikan perkhidmatan psikososial dan kaunseling agar cabaran penjagaan anak kurang upaya dapat dikurangkan.