Konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka

Kedaulatan merupakan aspek utama yang mencorakkan prinsip perlembagaan sesebuah kerajaan. Menurut Wan Ahmad Fauzi, kerangka konsep kedaulatan itu terdiri daripada sumber kedaulatan dan ciri-ciri kedaulatan. Menurut sejarah, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Tanah Melayu kerana ia dikuatkuasakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah, Mohamed Anwar Omar Din
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13010/1/29235-89707-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13010/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1149
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kedaulatan merupakan aspek utama yang mencorakkan prinsip perlembagaan sesebuah kerajaan. Menurut Wan Ahmad Fauzi, kerangka konsep kedaulatan itu terdiri daripada sumber kedaulatan dan ciri-ciri kedaulatan. Menurut sejarah, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Tanah Melayu kerana ia dikuatkuasakan oleh Kesultanan Melayu Melaka seawal tahun 1424. Artikel ini bertujuan untuk menyoroti konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka menerusi tiga aspek iaitu konsep kedaulatannya, prinsip perlembagaannya dan legitimasinya. Perbincangan di atas amat mustahak kerana ia mempunyai pertalian erat dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini menggunakan metode sejarah undang-undang. Dapatan menunjukkan bahawa kedaulatan dalam kerangka undang-undang Hukum Kanun Melaka adalah bersumberkan ajaran Islam berserta pengaruh adat Melayu. Ia bukan sahaja terakam dalam pelbagai peruntukan di dalamnya, bahkan diperkukuhkan melalui amalan dalam prinsip undang-undang dan sistem politiknya. Tafsiran konsep kedaulatan amat penting kerana ia menentukan dasar-dasar yang sah bagi sebuah kerajaan merdeka. Akhirnya, ia bergantung kepada bagaimana kedaulatan undang-undang itu ditakrifkan.