Kedudukan Orang Asli pada era penjajahan

Objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis sejarah dan kedudukan Orang Asli pada era penjajahan. Aspek sejarah ini adalah penting bagi menjelaskan kedudukan Orang Asli dan implikasi sejarah terhadap pengenalan undang-undang berkaitan Orang Asli. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif terse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya, Rohaida Nordin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13026/1/30915-95164-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13026/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20Issue%20%282018%29%3A%20JUUM
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis sejarah dan kedudukan Orang Asli pada era penjajahan. Aspek sejarah ini adalah penting bagi menjelaskan kedudukan Orang Asli dan implikasi sejarah terhadap pengenalan undang-undang berkaitan Orang Asli. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif tersebut, artikel ini menerangkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang merangkumi definisi Orang Asli, klasifikasi Orang Asli dan asal usul Orang Asli secara ringkas. Selain menfokuskan kedudukan Orang Asli pada zaman penjajahan, artikel ini turut membincangkan kedudukan Orang Asli pada zaman sebelum penjajahan yang meliputi aspek sosioekonomi dan politik. Artikel ini mendapati bahawa kedudukan Orang Asli mula berubah setelah masyarakat Melayu mendominasi dan seterusnya perubahan makin ketara apabila penjajah luar mula bertapak di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa luar juga telah memberikan kesan terhadap layanan dan undang-undang berkaitan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kedudukan Orang Asli mula mengalami beberapa perubahan dan pembaharuan setelah merdeka. Sungguhpun begitu, tragedi hitam dan kesengsaraan yang dialami Orang Asli pada era penjajahan dan darurat tidak begitu mudah untuk dilupakan dan terus terpahat sebagai sejarah hidup masyarakat Orang Asli.