Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan pesakit dewasa di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan orang dewasa jarang dilaporkan dengan penyelidikan yang lebih terhad berbanding kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mencirikan penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan pesakit dewasa unit rawatan rapi (ICU)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurfatin Mohid, Tuan Mazlelaa Tuan Mahmood, Lau, Chee Lan, Raha Abdul Rahman, Noraida Mohamed Shah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13333/1/19558-92198-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13333/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/686
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan orang dewasa jarang dilaporkan dengan penyelidikan yang lebih terhad berbanding kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mencirikan penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan pesakit dewasa unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Data berkaitan ubat-ubatan yang dipreskrib kepada pesakit-pesakit dikumpulkan dari rekod perubatan pesakit dan klasifikasi setiap ubat sama ada tidak berlesen atau luar label ditetapkan. Seramai 49 (73.1%) dan 20 (29.9%) pesakit daripada sejumlah 67 pesakit menerima sekurang-kurangnya satu ubat tidak berlesen atau luar label, setiap satunya. Sebab utama penggunaan ubat luar label adalah frekuensi pendosan yang lebih tinggi berbanding frekuensi pendosan yang dilesenkan (29.6%). Penggunaan ubat tanpa lesen dan luar label yang paling kerap masing-masing adalah tablet amlodipine (5.8%) dan injeksi metoclopromide (11.1%). Tempoh penginapan di ICU merupakan prediktor yang signifikan untuk penggunaan ubat-ubatan tanpa lesen (OR 1.219; 95% CI 1.022-1.456; p = 0.028), manakala bilangan ubat-ubatan yang dipreskrib merupakan prediktor yang signifikan untuk penggunaan ubat-ubatan luar label (OR 1.130; 95% CI 1.010-1.263; p = 0.032). Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen yang lebih kerap berbanding ubat-ubatan luar label di kalangan pesakit dewasa di ICU menunjukkan perlunya lebih banyak penyelidikan dijalankan memandangkan keadaan pesakit yang kritikal.