Penilaian semula hitungan waktu subuh di alam Melayu

Jadual waktu solat dewasa ini, ditentukan dengan kaedah hitungan falak dan tidak lagi berdasarkan cerapan tanda alam. Bagi penentuan waktu subuh di Alam Melayu, hitungan dilakukan berdasarkan sudut tunduk matahari pada 19° dan 20° di bawah ufuk. Kajian ini bagi menilai sejauh mana waktu subuh yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kassim Bahali, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim, Nurul Shazana Abdul Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13507/1/jatma-2019-0702-04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13507/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Jadual waktu solat dewasa ini, ditentukan dengan kaedah hitungan falak dan tidak lagi berdasarkan cerapan tanda alam. Bagi penentuan waktu subuh di Alam Melayu, hitungan dilakukan berdasarkan sudut tunduk matahari pada 19° dan 20° di bawah ufuk. Kajian ini bagi menilai sejauh mana waktu subuh yang dihitung dan diterbitkan oleh agensi agama bertepatan dengan waktu sebenar fajar terbit. Kajian dijalankan dengan kaedah pengimejan kamera Kanta Pemantul Tunggal Digital, DSLR (Digital Single Reflex Lens) di 22 lokasi di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand antara Februari 2017 hingga September 2018. Kajian mendapati waktu subuh yang di hitung tidak menepati waktu sebenar terbit fajar. Purata perbezaan antara waktu subuh yang diterbitkan dengan waktu sebenar fajar terbit adalah 11.4 minit. Kekerapan perbezaan tersebut yang paling tinggi ialah antara 9 hingga 12 minit. Kekerapan perbezaan tersebut adalah sama di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Daripada kajian ini, purata sudut tunduk matahari ketika fajar terbit adalah 17.15° di bawah ufuk. Nilai ini berbeza dengan nilai sudut yang digunakan hari ini (19° dan 20°) dalam hitungan waktu subuh di Alam Melayu. Daripada dapatan kajian ini mencadangkan agar pihak berkuasa agama membuat koreksi terhadap waktu subuh yang diterbitkan agar bertepatan dengan waktu sebenar fajar terbit.