Pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (Mooc) suatu transformasi dalam pengajian manuskrip Melayu

Manuskrip Melayu merupakan hasil penulisan tangan dengan tulisan Jawi yang mempunyai pelbagai kandungan ilmu epistemologi yang mengetengahkan tentang orang Melayu. Lazimnya, ia tersimpan di dalam sesebuah muzium negeri, Arkib dan Perpustakaan Negara Malaysia. Namun kekangan ketara dirasai apabila...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salmah Jan Noor Muhammad
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13518/1/jatma-2019-0703-07.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13518/
http://www.ukm.my/jatma/en/volume-7-no-3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Manuskrip Melayu merupakan hasil penulisan tangan dengan tulisan Jawi yang mempunyai pelbagai kandungan ilmu epistemologi yang mengetengahkan tentang orang Melayu. Lazimnya, ia tersimpan di dalam sesebuah muzium negeri, Arkib dan Perpustakaan Negara Malaysia. Namun kekangan ketara dirasai apabila ilmu yang ada dalam manuskrip ini hanya dapat dicapai dengan bertandang sendiri ke institusi berkenaan pada waktu yang amat terhad. Kaedah tradisional sebegini sedikit sebanyak telah membantutkan ruang lingkup pengetahuan masyarakat yang berminat dalam mengkaji ilmu yang terdapat dalam sesebuah manuskrip. Kajian ini menegaskan bahawa manuskrip Melayu ialah warisan lama yang mana penyampaian maklumat di dalamnya perlu dipermodenkan untuk menarik masyarakat mengenalinya dengan lebih dekat. Ini bertujuan untuk meneruskan legasi kaedah pengkajian selain mencambah minat terhadap keintelektualan tamadun bangsa. Oleh itu, menerusi pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (MOOC), manuskrip Melayu akan dapat terus dilestari. Ini kerana MOOC merupakan pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh setiap orang di seluruh pelosok dunia dengan percuma. Objektif kajian dalam makalah ini ialah mengaplikasikan MOOC dalam pembelajaran fleksibel sebagai kaedah terbaik dalam pemindahan ilmu untuk mengenali manuskrip Melayu dengan menghuraikan kandungan, aktiviti serta penilaian pelajar yang digunakan pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran kursus berasaskan MOOC. Data yang diperoleh adalah menerusi kaedah kepustakaan dan soal selidik terhadap pelajar kursus BBK 4210 Karya Agung Melayu. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat membuktikan aplikasi MOOC berkesan menjadi salah satu medium dalam pembelajaran fleksibel yang sangat bermanfaat untuk mempromosikan manuskrip Melayu. Kesimpulannya, pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (MOOC) merupakan suatu transformasi dalam manuskrip Melayu yang perlu diketengahkan kepada masyarakat.