Kesan Riwayat Asbab al-Nuzul yang da’if dalam Tafsir Nurul Ihsan

Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu lengkap pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nazri Ahmad, Mohd Faizulamri Mohd Saad
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13550/1/17-24-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13550/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu lengkap pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul iaitu Tafsir al-Jalalayn dan al-Futuhat al-Ilahiyyah atau lebih dikenali dengan Hashiyah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 174 riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul, 68 daripadanya adalah sahih dan 106 adalah da’if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang da’if memberi kesan negatif terhadap pembaca dan juga kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.