Status golongan Habib sebagai keturunan Nabi SAW

Golongan Habib merupakan satu golongan yang terkenal di serata dunia Islam. Dengan metode dakwah yang tertentu dan dakwaan bahawa para Habib merupakan keturunan Nabi SAW menjadikan golongan ini lebih mendapat tempat dalam masyarakat. Namun, sehingga hari ini belum ada satu kajian khusus yang mengkaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Adilah Amiruddin, Fadlan Mohd Othman
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13551/1/18-26-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13551/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Golongan Habib merupakan satu golongan yang terkenal di serata dunia Islam. Dengan metode dakwah yang tertentu dan dakwaan bahawa para Habib merupakan keturunan Nabi SAW menjadikan golongan ini lebih mendapat tempat dalam masyarakat. Namun, sehingga hari ini belum ada satu kajian khusus yang mengkaji tentang kesahihan dakwaan bahawa golongan Habib merupakan keturunan Nabi SAW. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk mengkaji samada benar atau tidak para Habib ini merupakan keturunan Nabi SAW dan kesannya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian kes yang mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis kandungan dan sumber internet. Manakala, proses menganalisis data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa memang benar golongan Habib ini mempunyai salasilah keturunan yang bersambung kepada Nabi SAW dan mereka layak untuk mendapat penghormatan daripada umat Islam terutamanya jika para Habib berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah serta meninggalkan perkara-perkara bidᶜah. Justeru, diharapkan kajian ini mampu membantu masyarakat untuk mengetahui status kedudukan Habib sebagai keturunan Nabi SAW dan apakah keistimewaannya.