Penyelesaian mukhtalaf al-hadith melalui metode al-jam’u dalam karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w oleh Nasiruddin al-Albani
Kontradiksi makna antara dua atau lebih hadith merupakan salah satu cabang perbahasan dalam ilmu dirayah hadith. Ahli ilmu menamakan disiplin ilmu ini sebagai ilmu mukhtalaf al-hadith dengan menyusun empat metode utama penyelesaiannya. Metode tersebut adalah al-jam’u (penggabungjalinan), nasakh wa m...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13572/1/49-84-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/13572/ http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kontradiksi makna antara dua atau lebih hadith merupakan salah satu cabang perbahasan dalam ilmu dirayah hadith. Ahli ilmu menamakan disiplin ilmu ini sebagai ilmu mukhtalaf al-hadith dengan menyusun empat metode utama penyelesaiannya. Metode tersebut adalah al-jam’u (penggabungjalinan), nasakh wa mansukh/pembatalan, tarjih/memperkuatkan salah satu, dan tawaqquf/mendiamkan. Analisa akan memfokuskan kepada metode al-jam’u kerana ia merupakan metode paling kerap dilalui ahli ilmu dan kerana penggunaannya menjadikan hadith-hadith yang mukhtalif dapat diamalkan tanpa digugurkan salah satu darinya berbanding jika menggunakan metode-metode lain. Al-Jam’u bermaksud menghimpun dan mengguna pakai kedua-dua hadith sahih yang bercanggah dengan memberikan kefahaman yang sebenar terhadap kedua-duanya sehingga terangkat percanggahan tersebut. Manakala, karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w oleh Nasiruddin al-Albani dipilih sebagai dokumen kajian kerana perbahasannya yang begitu fokus dan mendalam terhadap masalah sifat solat Nabi s.a.w, ditambah lagi dengan faedah-faedah ulum hadith dan fiqh yang terkandung di dalamnya yang mampu memberi impak besar kepada pembaca. Hasil dapatan kajian mendapati al-Albani menempuhi manhaj jumhur pada mendahulukan metode al-jam’u berbanding metode-metode lainnya dengan mengaplikasikan empat pendekatan utama iaitu kontekstual, korelatif, ta’wil dan usul al-fiqh. Analisa kajian akan menunjukkan aplikasi metode al-jam’u secara lebih terperinci lagi. |
---|