Penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1963). Pelaksanaan akta ini diterjemahkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996. Walaupun pelbagai usaha telah dila...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13588/1/21010-69272-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13588/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1073 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah termaktub dalam perkara 152,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
(1963). Pelaksanaan akta ini diterjemahkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta
Pendidikan 1996. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempastikan penggunaan
bahasa Melayu secara meluas dalam program rasmi agensi kerajaan mahupun swasta, tetapi
masih terdapat pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya termasuk
universiti awam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan bahasa
Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di UKM. Kajian yang menggunakan reka bentuk
tinjauan ini telah menggunakan soal selidik dan temu bual berstruktur sebagai instrumen
kajian. Responden terdiri daripada 562 orang kakitangan UKM yang menjalankan tugasan
pengurusan dan pentadbiran di UKM. Temu bual berstruktur melibatkan sepuluh orang
informan yang terdiri daripada tiga kategori, iaitu pentadbir akademik, pengurusan dan
profesional serta pelaksana. Analisis data dilakukan secara deskriptif dipaparkan dalam
bentuk frekuensi dan peratus. Manakala, temu bual berstruktur dianalisis menggunakan kaedah verbatim. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden dan informan
menyokong penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran. Manakala
hampir sebahagian besar responden dan informan bersetuju penggunaan dwibahasa dalam
progam di UKM pada peringkat antarabangsa. Daripada aspek penggunaan bahasa Melayu
dalam urusan rasmi di UKM pula, kajian mendapati penggunaan bahasa Melayu yang
tertinggi adalah bagi urusan boring. Manakala kategori yang paling tidak menggunakan
bahasa Melayu adalah dalam komunikasi lisan dengan pelanggan luar. Hasil temu bual juga
mendapati warga UKM menyokong penuh cadangan penyediaan Garis Panduan Penggunaan
Bahasa Melayu dalam Pengurusan Pentadbiran di UKM. Implikasi hasil kajian mendapati
garis panduan penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di universiti
awam adalah suatu keperluan sebagai satu mekanisme untuk memartabatkan bahasa Melayu. |
---|