Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan dalam pemodelan kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang, Malaysia

Kegagalan cerun merupakan suatu fenomena disebabkan hujan yang sering berlaku di kawasan tropika seperti Malaysia. Kajian ini menghuraikan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan untuk memodelkan ciri-ciri fizikal kegagalan cerun serta hubung kait statistik kejadian kegaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nuriah Abd Majid, Ruslan Rainis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13731/1/06%20Nuriah%20Abd%20Majid.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13731/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil7_2019/KandunganJilid48Bil7_2019.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kegagalan cerun merupakan suatu fenomena disebabkan hujan yang sering berlaku di kawasan tropika seperti Malaysia. Kajian ini menghuraikan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan untuk memodelkan ciri-ciri fizikal kegagalan cerun serta hubung kait statistik kejadian kegagalan cerun dengan parameter fizikal yang menyumbang kepada kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang. Analisis diskriminan adalah satu kaedah analisis yang boleh digunakan untuk mendiskriminasikan sesuatu kumpulan kegagalan cerun berdasarkan parameter tertentu. Tujuan utama analisis ini dijalankan adalah bagi memahami faktor yang mempengaruhi perbezaan antara kumpulan kegagalan cerun dan cerun stabil (tiada kegagalan cerun), seterusnya membuat ramalan tentang kemungkinan terjadi sesuatu kegagalan cerun. Oleh yang demikian, satu kombinasi linear pemboleh ubah bebas telah dibentuk dan digunakan sebagai asas dalam mengkelaskan kes kegagalan cerun tertentu. Kajian ini menggunakan sepuluh pemboleh ubah iaitu jarak ke jalan, purata hujan tahunan, litologi batuan, ketinggian topografi, kecuraman cerun, siri tanih, aspek cerun, jarak ke sungai, jenis guna tanah dan lineamen. Model yang terhasil didapati berjaya meramal 92.5% daripada kejadian kegagalan cerun sebenar. Model yang dibentuk kemudiannya telah dinilai menggunakan 30% daripada sampel kejadian sebenar dan menghasilkan ketepatan sebanyak 91.24%.