Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik

Pendidikan memainkan peranan kritikal di peringkat sejagat dalam usaha membangunkan dan memperkembangkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Salah satu cabaran dalam pendidikan ialah sebahagian besar pelajar yang tidak menguasai bahan mengikut standard yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu, kertas i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Sakinah Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13765/1/34580-108179-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13765/
http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1195
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
id my-ukm.journal.13765
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.137652019-12-05T12:39:44Z http://journalarticle.ukm.my/13765/ Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik Nor Sakinah Mohamad, Pendidikan memainkan peranan kritikal di peringkat sejagat dalam usaha membangunkan dan memperkembangkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Salah satu cabaran dalam pendidikan ialah sebahagian besar pelajar yang tidak menguasai bahan mengikut standard yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu, kertas ini menumpukan kepada kajian proses pengajaran dan pembelajaran ke arah penambahbaikan inovasi dan amalan terbaik. Mata pelajaran matematik ini dipilih memandangkan peratusan pelajar yang memilih kursus sains tulin semakin merosot saban tahun di peringkat sekolah menengah dan memberi kesan kepada bilangan pelajar jurusan sains di universiti. Untuk memahami isu prestasi ini, proses pengajaran dan pembelajaran perlu difahami dengan lebih mendalam. Kajian pelbagai kes pengajaran dan pembelajaran Matematik dikaji mengikut perspektif pemikiran bersistem. Data kajian pelbagai kes dikumpul menggunakan temubual mendalam dan pemerhatian. Seterusnya data ini dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Dapatan kajian pertama, komponen hala tuju pengajaran dan pembelajaran memberikan pengaruh besar kepada segala aktiviti dalam bilik darjah khususnya dan sekolah amnya. Kedua, komponen proses pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada elemen reka bentuk pengajaran, pengurusan bilik darjah, pemantauan, pentaksiran, penilaian, guru, pelajar dan kurikulum. Semua elemen dalam komponen ini berorientasikan hala tuju peperiksaan. Ketiga, komponen hasil ialah prestasi pelajar dan prestasi guru. Prestasi guru sering dinilai berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Keempat ialah komponen persekitaran terdiri daripada dua bahagian iaitu sokongan dan maklum balas. Maklum balas ini mesti dilihat mengikut perspektif bersistem untuk memahami perkaitan antara elemen dan komponen. Kelima, kaitan pelbagai elemen dan komponen dalam pengajaran dan pembelajaran yang saling berinteraksi antara satu sama lain dikenali sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran. Dapatan membawa implikasi bahawa bagi mengatasi masalah prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran, dua konsep pengajaran dan pembelajaran berikut perlu dilihat dan difahami secara mendalam sebagai satu sistem yang menyeluruh. Pertama, hanya dengan pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ini, perlaksanaan inovasi dan amalan terbaik dapat dilaksanakan dengan lebih tepat berdasarkan masalah sebenar mengikut konteks. Kedua, usaha penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan berterusan diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan skala inovasi dalam pendidikan yang boleh memberikan impak kepada masyarakat keseluruhannya. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019-06 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/13765/1/34580-108179-1-PB.pdf Nor Sakinah Mohamad, (2019) Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 11 (1). pp. 73-109. ISSN 1985-5826 http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1195
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Pendidikan memainkan peranan kritikal di peringkat sejagat dalam usaha membangunkan dan memperkembangkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Salah satu cabaran dalam pendidikan ialah sebahagian besar pelajar yang tidak menguasai bahan mengikut standard yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu, kertas ini menumpukan kepada kajian proses pengajaran dan pembelajaran ke arah penambahbaikan inovasi dan amalan terbaik. Mata pelajaran matematik ini dipilih memandangkan peratusan pelajar yang memilih kursus sains tulin semakin merosot saban tahun di peringkat sekolah menengah dan memberi kesan kepada bilangan pelajar jurusan sains di universiti. Untuk memahami isu prestasi ini, proses pengajaran dan pembelajaran perlu difahami dengan lebih mendalam. Kajian pelbagai kes pengajaran dan pembelajaran Matematik dikaji mengikut perspektif pemikiran bersistem. Data kajian pelbagai kes dikumpul menggunakan temubual mendalam dan pemerhatian. Seterusnya data ini dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Dapatan kajian pertama, komponen hala tuju pengajaran dan pembelajaran memberikan pengaruh besar kepada segala aktiviti dalam bilik darjah khususnya dan sekolah amnya. Kedua, komponen proses pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada elemen reka bentuk pengajaran, pengurusan bilik darjah, pemantauan, pentaksiran, penilaian, guru, pelajar dan kurikulum. Semua elemen dalam komponen ini berorientasikan hala tuju peperiksaan. Ketiga, komponen hasil ialah prestasi pelajar dan prestasi guru. Prestasi guru sering dinilai berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Keempat ialah komponen persekitaran terdiri daripada dua bahagian iaitu sokongan dan maklum balas. Maklum balas ini mesti dilihat mengikut perspektif bersistem untuk memahami perkaitan antara elemen dan komponen. Kelima, kaitan pelbagai elemen dan komponen dalam pengajaran dan pembelajaran yang saling berinteraksi antara satu sama lain dikenali sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran. Dapatan membawa implikasi bahawa bagi mengatasi masalah prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran, dua konsep pengajaran dan pembelajaran berikut perlu dilihat dan difahami secara mendalam sebagai satu sistem yang menyeluruh. Pertama, hanya dengan pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ini, perlaksanaan inovasi dan amalan terbaik dapat dilaksanakan dengan lebih tepat berdasarkan masalah sebenar mengikut konteks. Kedua, usaha penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan berterusan diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan skala inovasi dalam pendidikan yang boleh memberikan impak kepada masyarakat keseluruhannya.
format Article
author Nor Sakinah Mohamad,
spellingShingle Nor Sakinah Mohamad,
Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
author_facet Nor Sakinah Mohamad,
author_sort Nor Sakinah Mohamad,
title Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
title_short Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
title_full Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
title_fullStr Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
title_full_unstemmed Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
title_sort penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2019
url http://journalarticle.ukm.my/13765/1/34580-108179-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13765/
http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1195
_version_ 1654961127301316608