Production of bio-oil from Palm Oil Shell
Biojisim dalam bentuk kulit kelapa sawit, suatu bahan buangan pepejal agro-industri yang banyak terdapat di Malaysia, pertama kali dipirolisiskan diikuti dengan pemecahan bermangkin di dalam sebuah sistem pirolisis pantas bermankin sepadu. Proses pirolisis dijalankan di dalam satu sistem lapisan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
2000
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1377/ http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Summary: | Biojisim dalam bentuk kulit kelapa sawit, suatu bahan buangan pepejal agro-industri
yang banyak terdapat di Malaysia, pertama kali dipirolisiskan diikuti dengan
pemecahan bermangkin di dalam sebuah sistem pirolisis pantas bermankin sepadu.
Proses pirolisis dijalankan di dalam satu sistem lapisan terbendalir manakala rawatan
bermangkin dilakukan di dalam suatu sistem lapisan tetap. Di dalam lapisan
terbendalir pasir silika diguankan sebagai bahan lapisan manakla di dalam lapisan
tetap H-ZSM-5 dan H-USY zeolit digunakan sebagai mangkin. Gas nitrogen
digunakan sebagai gas pembawa. Pirolisis pantas dilakukan dengan menyuap bahan
mentah zarahan langsung ke dalam lapisan terbendalir panas pada suhu 400 to 600°C.
Hasil minyak maksimum 58% diperolehi pada suhu optimum 500°C dengan masa
mastautin ketara wap 1.48 saat. Produk yang diperolehi ialah biominyak cecail; arang
pejal, gas dan kok. Perubahan hasil produk dan komposisi produk dengan suhu lapisan
mangkin untuk mangkin H-ZSM-5 dan H-USY dipertimbangkan dalam kajian ini.
Hasil cecair didapati menurun dengan peningkatan suhu lapisan mangkin manakala
hasil gas dan kok bertambah dengan peningkatan suhu lapisan mangkin. Sebatian
kimia yang diperolehi ialah asid organik, fenol, hidrokarbon, alkohol, ester dan keton.
Fenol merupakan bahan kimia penting dengan penggunaan yang luas seperti sebagai
agen penuangan untuk komponen automotij; alat rumah, komponen elektrik, resin
perekat untuk pelapisan papan lapis dan bahan penebat. Sebaliknya kandungan
hidrokarbon yang tinggi menunjukkan ia boleh digunakan sebagai bahan api mentah
di dalam enjin automotij: Semua bahan kimia ini bemilai tinggi dari segi nilai dan
harganya |
---|