Strategi dan struktur kesantunan Melayu dalam kritikan Mentor: rancangan realiti televisyen
Kritikan sering kali dilabelkan sebagai komen yang negatif. Namun kritikan juga boleh merupakan komen yang bersifat positif. Kritikan membawa maksud yang luas, iaitu ulasan. Dalam budaya Melayu, kritikan disampaikan dengan pelbagai cara, iaitu dengan penggunaan strategi dan struktur tertentu. Tuj...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13776/1/20875-76286-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13776/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1087 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kritikan sering kali dilabelkan sebagai komen yang negatif. Namun kritikan juga boleh
merupakan komen yang bersifat positif. Kritikan membawa maksud yang luas, iaitu ulasan.
Dalam budaya Melayu, kritikan disampaikan dengan pelbagai cara, iaitu dengan penggunaan
strategi dan struktur tertentu. Tujuan sesuatu kritikan dilakukan adalah untuk mencapai
sesuatu objektif. Hal ini dapat dilihat dalam kritikan rancangan realiti televisyen Mentor.
Data kritikan ini akan dianalisis dengan mengaplikasikan teori Brown & Levinson (1987) dan
Asmah (2000). Gabungan kedua-dua teori ini berlandaskan konsep muka dan air muka. Hal
ini membentuk pola strategi kesantunan dari perspektif Melayu. Pola strategi ini akan
distrukturkan dalam teknik Sandwich (Davies & Jacobs,1985). Kajian ini menggunakan data
Mentor musim 1, 2 dan 5. Data telah dimuat turun dan ditranskripsi untuk tujuan analisis
teks. Ujaran juri tetap, juri berulang dan juri jemputan yang telah dianalisis dikelompokkan
dalam pola-pola strategi kesantunan. Dapatan kajian memperlihatkan ketiga-tiga juri
cenderung menggunakan pola strategi (berekod tanpa penyesuaian) + (berekod dengan
penyesuaian kesantunan positif) + (berekod dengan penyesuaian kesantunan negatif), iaitu
(BTP)+(BPKP)+(BPKN) dengan G3 dan G1 kesantunan Melayu dengan aplikasi struktur
kritikan positif mengapit kritikan negatif. Dapatan ini membuktikan bahawa dalam
menyampaikan kritikan, penutur Melayu masih menitikberatkan kesantunan dalam
komunikasi. |
---|