Pendekatan fiqh ta’ayusy dalam menangani konflik antara agama

Konflik antara agama merupakan perkara yang sensitif dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan perlu berperanan dalam kerangka Islam bagi menghadapi konflik ini. Sehubungan itu, artik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazneen Ismail, Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin, Maryam Habibah Kamis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13842/1/29769-91365-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13842/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Konflik antara agama merupakan perkara yang sensitif dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan perlu berperanan dalam kerangka Islam bagi menghadapi konflik ini. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menjelaskan pendekatan fiqh al-ta’ayusy atau disebut sebagai interaksi harmoni dalam menangani konflik antara agama. Kajian ini dilakukan berdasarkan penulisan lalu dan disesuaikan dengan isu berkaitan konflik antara agama di Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa al-ta’ayusy dalam Islam mempunyai tiga pendekatan utama iaitu dialog antara agama, dakwah dan penerimaan agama lain. Selain itu, al-ta’ayusy juga tertakluk kepada beberapa syarat di mana umumnya adalah berkaitan kemuliaan agama Islam itu sendiri dan kepentingan bermuamalah dengan bukan Islam secara baik serta mementingkan keharmonian sejagat. Penerimaan terhadap masyarakat berlainan agama juga terhad kepada perkara selain daripada aspek asas agama seperti tauhid dan ibadah. Ini adalah penting agar interaksi harmoni dapat dicapai tanpa melunturkan agama dalam diri sebagaimana yang dianjurkan oleh golongan pluralisme agama. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan penjelasan berkenaan peranan dan kaedah seorang Muslim dalam berhadapan dengan masyarakat bukan Islam.