Potensi chironomidae sebagai penunjuk biologi di sungai rekreasi terpilih Janda Baik, Pahang, Semenanjung Malaysia

Satu kajian ke atas kepelbagaian chironomid (Diptera: Chironomidae) dalam ekosistem bebas cemar telah dijalankan di Janda Baik, Pahang, Semenanjung Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti penyebaran dan komposisi Chironomidae di tujuh sungai rekreasi terpilih di Janda Baik. Chironomid disamp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Abas Kutty, Hanisah Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13946/1/25773-87005-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13946/
http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1133/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Satu kajian ke atas kepelbagaian chironomid (Diptera: Chironomidae) dalam ekosistem bebas cemar telah dijalankan di Janda Baik, Pahang, Semenanjung Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti penyebaran dan komposisi Chironomidae di tujuh sungai rekreasi terpilih di Janda Baik. Chironomid disampel menggunakan jaring Surber dan enam parameter kualiti air telah dianalisis iaitu oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD5), permintaan oksigen kimia (COD), ammoniakal nitrogen (NH3-N), jumlah pepejal terampai (TSS) dan pH. Hasil kajian menunjukkan famili Chironomidae di Janda Baik diwakili oleh tiga subfamili iaitu Chironominae, Orthocladiinae dan Tanypodinae dengan jumlah individu sebanyak 10421. Chironominae dikenal pasti sebagai subfamili yang paling dominan iaitu sejumlah 9168 individu, manakala subfamili Tanypodinae (849 individu) merupakan kedua tertinggi diikuti dengan Orthocladiinae (404 individu). Polypedilum (Chironominae), Rheocricotopus (Orthocladiinae) dan Rheotanytarsus (Chironominae) adalah genus yang dominan di Janda Baik. Polypedilum spp. mendominasi enam daripada tujuh sungai kajian, manakala Rheocricotopus spp. didapati mendominasi satu sungai iaitu Sg. Kerul. Ujian CCA memperlihatkan pengaruh kandungan DO yang kuat dengan taburan Polypedilum dan potensinya untuk dijadikan sebagai penunjuk biologi untuk sungai kelas II ke atas.