Peralihan bahasa Cham dalam masyarakat Cham di Malaysia: analisis sosiolinguistik

Peralihan bahasa merupakan satu keadaan apabila masyarakat berubah kepada penggunaan bahasa lain yang lebih dominan sehingga bahasa ibunda yang biasa digunakan gagal dipertahankan. Isu peralihan bahasa kerap berlaku dalam kalangan masyarakat minoriti. Isu ini diketengahkan kerana dapatan kajian l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14080/1/29032-102466-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14080/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1188
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peralihan bahasa merupakan satu keadaan apabila masyarakat berubah kepada penggunaan bahasa lain yang lebih dominan sehingga bahasa ibunda yang biasa digunakan gagal dipertahankan. Isu peralihan bahasa kerap berlaku dalam kalangan masyarakat minoriti. Isu ini diketengahkan kerana dapatan kajian lepas menunjukkan terdapat perubahan yang jelas dari aspek penggunaan bahasa apabila masyarakat Cham berhijrah sehingga membawa kepada peralihan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa Cham berdasarkan analisis domain dan teori mobiliti sosial. Penggunaan bahasa Cham dikaji dalam tiga domain, iaitu domain kekeluargaan, kejiranan dan pekerjaan. Kawasan kajian adalah di persempadanan Perak-Pulau Pinang-Kedah yang merupakan kawasan pertumbuhan sosioekonomi utara. Responden yang terlibat adalah seramai 135 orang dan berumur dalam lingkungan umur 12-69 tahun. Data diperoleh melalui kerja lapangan secara soal selidik dan temu bual tidak langsung dan dianalisis secara deskriptif peratusan dan Ujian-t sampel bebas. Dapatan menunjukkan bahawa perbezaan skor penggunaan bahasa antara generasi dalam ketiga-tiga domain adalah signifikan secara statistik. Kajian ini merumuskan bahawa penggunaan bahasa Cham semakin merosot terutamanya oleh generasi kedua yang memperlihatkan peralihan bahasa sedang berlaku. Faktor mobiliti sosial memainkan peranan dalam peralihan tersebut. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada kajiankajian pengekalan dan peralihan bahasa minoriti.