Integriti akademik dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Integriti merupakan konsep yang penting terutamanya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Banyak kajian dilakukan terutamanya di Malaysia yang dilakukan berkaitan dengan isu integriti lebih memfokuskan kepada isu integriti di tempat kerja khususnya dalam kalangan penjawat awam. Walhal, integriti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hafizah Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14210/1/36208-114164-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14210/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Integriti merupakan konsep yang penting terutamanya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Banyak kajian dilakukan terutamanya di Malaysia yang dilakukan berkaitan dengan isu integriti lebih memfokuskan kepada isu integriti di tempat kerja khususnya dalam kalangan penjawat awam. Walhal, integriti bukan sahaja berkisar tentang sektor pekerjaan semata-mata. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan mengenai integriti akademik dalam kalangan mahasiswa. Integriti akademik juga semakin meruncing kini kerana dengan kemudahan teknologi telah memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat dan terlibat dalam plagriasm. Seseorang pelajar seharusnya perlu memiliki integriti yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji integriti akademik dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Kajian ini bertujuan meneliti tahap pemahaman mahasiswa mengenai konsep integriti secara umum dan tahap integriti akademik dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini akan memfokuskan kepada pelajar ijazah sarjana muda yang sedang melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi. Data dipersembahkan secara deskriptif frekuansi iaitu melalui frekuensi dan peratusan. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan masih terdapat pelajar yang tidak memahami konsep integriti dan terdapat mahasiswa yang terlibat dalam pelanggaran integriti akademik samada secara sedar ataupun tidak. Kesimpulannya, isu integriti akademik dalam kalangan mahasiswa sememangnya ada dan jika tidak dipandang serius dan tidak diatasi, ianya akan membawa kepada potensi untuk mahasiswa ini terlibat dalam pelanggaran integriti di tempat kerja kelak.