Relevansi sifat al-Haya’ dalam pemantapan akhlak generasi Z

Pendidikan akhlak adalah aspek penting dalam membentuk personaliti dan keperibadian remaja. Melihat kepada perkembangan remaja yang semakin maju seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, segelintir remaja Generasi Z mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif melalui media sosial sehingga be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Anis Hanani Mohd Talib, Latifah Abdul Majid, Nurliyana Mohd Talib
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14228/1/82-169-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14228/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/9
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pendidikan akhlak adalah aspek penting dalam membentuk personaliti dan keperibadian remaja. Melihat kepada perkembangan remaja yang semakin maju seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, segelintir remaja Generasi Z mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif melalui media sosial sehingga berlakunya keruntuhan akhlak dan peningkatan masalah sosial. Hakikatnya, masalah sosial yang berlaku seperti pergaulan bebas, pornografi dan zina menunjukkan bahawa sifat malu dalam diri remaja telah hilang. Sedangkan sifat malu atau al-Haya’ merupakan satu daripada akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta merupakan sifat positif yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Sifat ini mampu menghindari manusia daripada melakukan maksiat dan dosa disebabkan oleh rasa takut dan gerun kepada Allah SWT yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan mengenai relevansi sifat al-Haya’ dalam pemantapan akhlak remaja Generasi Z dalam mendidik mereka masa kini. Metodologi kajian ini adalah analisis kandungan dengan meneliti kajian-kajian lepas dan kaedah deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penerapan sifat al-Haya’ dalam diri remaja Generasi Z adalah sangat relevan bagi memantapkan akhlak mereka kerana sifat ini dapat menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, membentuk tingkah laku yang baik dan mulia, memelihara penampilan sekaligus menjauhkan mereka dari terjebak dengan masalah sosial.