Perladangan komersial di daerah Hilir Perak pada era kolonial British 1900-1957

Pertanian di negeri Perak sebelum era kolonial dijalankan bagi memenuhi keperluan masyarakat petani dalam satu komuniti yang kecil. Golongan petani tradisional juga mempunyai pelbagai kekangan dalam memastikan kuantiti hasil tanaman mereka meningkat. Pentadbiran kolonial British di negeri Perak berm...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairi Ariffin, Ramli Saadon, Tuan Waheda Tuan Chik
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14244/1/33458-104311-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14244/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1201
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pertanian di negeri Perak sebelum era kolonial dijalankan bagi memenuhi keperluan masyarakat petani dalam satu komuniti yang kecil. Golongan petani tradisional juga mempunyai pelbagai kekangan dalam memastikan kuantiti hasil tanaman mereka meningkat. Pentadbiran kolonial British di negeri Perak bermula pada tahun 1874 telah membawa perubahan dalam perkembangan sektor perladangan serta pertanian dan telah dikategorikan sebagai pertanian yang komersial. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti kewujudan perladangan komersial di Hilir Perak dan kepentingannya kepada pembangunan daerah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan tahunan, prosiding serta penulisan berkaitan pembangunan era kolonial British di Perak. Dapatan kajian menunjukkan polisi kolonial British telah membawa kepada penubuhan pelbagai ladang tanaman komersial di Hilir Perak. Hilir Perak juga merupakan antara daerah yang menjadi tumpuan sektor perladangan komersial dan telah menjadi sektor yang menyumbang kepada pembangunan negeri Perak. Perladangan komersial di Hilir Perak bukan bersifat monocultivation namun pentadbiran kolonial telah mengambil inisiatif membangunkan sektor perladangan yang terdiri daripada pelbagai jenis tanaman bergantung kepada kesesuaian kawasan. Perladangan komersial yang dijalankan ketika era kolonial telah banyak menyumbang kepada pembangunan daerah Hilir Perak khususnya serta negeri Perak amnya.