Pengetahuan dan amalan aktiviti perbualan pagi oleh guru Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKBP)

Perbualan pagi merupakan satu aktiviti yang dijalankan di kelas Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pelbagai kemahiran dapat diterapkan melalui aktiviti perbualan pagi. Salah satu kemahiran yang diterapkan melalui aktiviti perbualan pagi ialah kemahiran sosial dan emosi. Kemahiran so...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamala Ratnam, Aliza Alias, Hasnah Toran
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14387/1/7.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14387/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perbualan pagi merupakan satu aktiviti yang dijalankan di kelas Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pelbagai kemahiran dapat diterapkan melalui aktiviti perbualan pagi. Salah satu kemahiran yang diterapkan melalui aktiviti perbualan pagi ialah kemahiran sosial dan emosi. Kemahiran sosial dan emosi diperlukan oleh murid dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran. Guru merupakan agen pelaksana dalam bilik darjah yang bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran sosial dan emosi melalui aktiviti perbualan pagi, walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Justeru itu, guru perlukan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti perbualan pagi dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru serta amalan aktiviti perbualan pagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap 120 orang guru Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dari seluruh Malaysia. Hasil dapatan yang dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif mendapati interpretasi skor bagi tahap pengetahuan guru adalah tinggi (min = 3.30, sisihan piawai = 0.40 ). Manakala bagi amalan aktiviti perbualan pagi pula, interpretasi skor adalah sederhana (min = 2.96, sisihan piawai = 0.36 ). Analisis statistik inferensi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan guru tentang perbualan pagi dan amalan aktiviti perbualan pagi. Hal ini memberikan kesimpulan bahawa walaupun guru mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai aktiviti perbualan pagi, namun amalan perbualan pagi didapati berada di tahap yang sederhana sahaja. Implikasi dapatan kajian ini, mencadangkan bahawa guru perlu diberikan latihan yang berterusan bagi membantu melaksanakan perbualan pagi dalam bilik darjah dengan berkesan.