Penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen KOMSAS tingkatan lima
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen KOMSAS tingkatan lima di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi murid terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen, mengenal pasti...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14523/1/193-370-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/14523/ http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/54 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen KOMSAS tingkatan lima di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi murid terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen, mengenal pasti penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap teks KOMSAS, dan mengenal pasti penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan penguasaan unsur KOMSAS dalam pembelajaran. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 118 orang murid tingkatan lima yang mempunyai pencapaian tahap sederhana. Data dikumpulkan daripada soal selidik yang diedarkan kepada semua murid di sekolah tempat kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Statistik deskriptif seperti peratus, kekerapan, min, dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen semua adalah sederhana (purata skor min 3.195). Min keseluruhan bagi penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap teks KOMSAS adalah sederhana (min 3.17). Min keseluruhan bagi penggunaan peta pemikiran dapat meningkatkan penguasaan unsur KOMSAS dalam pembelajaran juga adalah sederhana (min 3.28). Selain itu, hasil kajian mendapati murid mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen KOMSAS, meningkatkan kefahaman terhadap teks KOMSAS, dan meningkatkan penguasaan unsur KOMSAS dalam pembelajaran. |
---|