Penyalahgunaan internet sewaktu kuliah: kesan daripada penyerapan kognitif dan tabiat berinternet
Fenomena penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar terjadi apabila pelajar menggunakan internet bagi tujuan lain selain daripada aktiviti berkaitan pembelajaran sewaktu kuliah. Penyalahgunaan internet mampu memberi kesan yang negatif kepada pelajar dan universiti dalam melahirkan graduan yang b...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14548/1/35251-110389-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/14548/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1220 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Fenomena penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar terjadi apabila pelajar menggunakan internet bagi tujuan lain selain daripada aktiviti berkaitan pembelajaran sewaktu kuliah. Penyalahgunaan internet mampu memberi kesan yang negatif kepada pelajar dan universiti dalam melahirkan graduan yang bertaraf dunia. Penyerapan kognitif adalah motivasi intrinsik yang mampu mempengaruhi tingkahlaku pelajar apabila mereka terlibat secara mendalam dengan teknologi internet. Penyerapan kognitif boleh menyebabkan pelajar tersebut merasai seperti terputus daripada realiti, mempunyai tahap rasa ingin tahu yang tinggi, keseronokan yang melampau, fokus yang mendalam dan hilang kawalan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguji samada penyalahgunaan internet sewaktu kuliah didorong oleh penyerapan kognif pelajar tersebut. Kajian ini juga ingin menguji tabiat berinternet sebagai pembolehubah peyederhana. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Data mentah yang diperoleh telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati penyerapan kognitif dan tabiat berinternet mempunyai hubungan yang signifikan dengan penyalahgunaan internet, namun tabiat berinternet tidak menyederhanakan hubungan antara penyerapan kognitif dan penyalahgunaan internet. |
---|