Sikap, motivasi dan pelaksanaan strategi Think-Paire-Share dalam pengajaran kemahiran menulis guru Bahasa Melayu sekolah rendah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan strategi Think-PairShare dalam kemahiran menulis dalam kalangan guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah rendah di sekitar daerah Yan, Kedah. Secara khususnya, kajian ini mengenal pasti sikap dan motivasi guru-guru terhadap pelaksanaan strategi Thin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chew, Fong Peng, Nur Atikah Ali Jinah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14572/1/218-423-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14572/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/56
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan strategi Think-PairShare dalam kemahiran menulis dalam kalangan guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah rendah di sekitar daerah Yan, Kedah. Secara khususnya, kajian ini mengenal pasti sikap dan motivasi guru-guru terhadap pelaksanaan strategi ThinkPair-Share serta pelaksanaan strategi itu sendiri dalam kemahiran menulis. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi melihat hubung kait antara sikap dan motivasi guru terhadap pelaksanaan strategi Think-Pair-Share. Sampel kajian ini terdiri daripada 67 orang guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Data yang diperoleh tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian komputer program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Version 25.0 bagi menganalisis data dengan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu adalah positif serta bermotivasi tinggi dalam melaksanakan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Tambahan lagi, kajian ini juga mendapati adanya hubungan yang signifikan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan strategi Think-Pair-Share. Kesimpulannya, sikap dan motivasi guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.