Analisis pelaksanaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah Orang Asli
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam pedagogi Bahasa Melayu dan mengukur elemen KBAT berdasarkan Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust- CoRT) di sekolah-sekolah Orang Asli (sekolah menenga...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14573/1/219-425-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/14573/ http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/56 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam pedagogi Bahasa Melayu dan mengukur elemen KBAT berdasarkan Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust- CoRT) di sekolah-sekolah Orang Asli (sekolah menengah) di Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan berdasarkan: Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust -CoRT) oleh Edward de Bono (1973) yang melibatkan enam jenis CoRT, iaitu CoRT 1 (Breadth -Keluasan persepsi), CoRT 2 (Organisastion -Organisasi berfikir), CoRT 3 (Interaction -Interaksi), CoRT 4 (Critical Thinking and Argument -Argumen berfikiran kritis dan kreatif), CoRT 5 (Information and Feeling -Maklumat dan Perasaan), dan CoRT 6 (Action -Tindakan). Seramai enam orang guru daripada tiga buah sekolah menengah Orang Asli di Perak terlibat dalam proses pencerapan PdPc dan temu bual. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini melibatkan senarai semak PdPc, dan temu bual yang melibatkan soalan berstruktur dan tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa Skala Ketelusan Kognitif dapat menjadi peranti efektif dalam mengukur elemen KBAT dalam pedagogi Bahasa Melayu. Guru-guru telah memilih teknik berfikir yang sesuai yang dapat diaplikasikan bagi mencungkil aspek berfikir dalam setiap perkara yang dinyatakan pada skala CoRT 1 hingga CoRT 6. Berdasarkan pengamalan CoRT dalam PdPc, kajian ini telah menentukan aras skor sebagai pengukur KBAT melalui titik hubungan antara strategi peranti dan teknik berfikir. Analisis juga menunjukkan kebanyakan guru yang terlibat menggunakan CoRT pada aras yang sederhana. Kajian ini menawarkan sumbangan mengukur KBAT menggunakan skala pengukuran yang lebih telus dan berpiawai. Penguasaan KBAT dapat diteliti dalam komunikasi guru dan diukur berlandaskan skala dan peranti berfikir yang relevan dan efektif. |
---|