Boleh tolong saya? Meneroka sokongan sosial yang diperlukan oleh wanita bekerjaya bagi meningkatkan kesejahteraan emosi
Peranan wanita yang semakin bertambah memberi kesan kepada perkembangan kekeluargaan masa kini di Malaysia. Ini kerana, wanita hari ini perlu menjalankan peranan seperti lelaki iaitu mencari nafkah untuk menyara keluarga dalam masa yang sama sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada sua...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14609/1/39057-124013-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/14609/ http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1261 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Peranan wanita yang semakin bertambah memberi kesan kepada perkembangan kekeluargaan masa kini di Malaysia. Ini kerana, wanita hari ini perlu menjalankan peranan seperti lelaki iaitu mencari nafkah untuk menyara keluarga dalam masa yang sama sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suami. Kajian ini bertujuan untuk meneroka sokongan yang diterima dan diperlukan oleh wanita bekerjaya di Selangor. Sebelas informan dari sekitar negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini melalui temu bual mendalam. Soalan temu bual telah dibina secara separa berstruktur. Informan kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data telah dianalisis berdasarkan analisis tematik. Hasil kajian mendapati informan memerlukan pelbagai bentuk sokongan iaitu daripada segi emosi, penjagaan anak, informasi, jaringan dan kewangan. Bentuk-bentuk sokongan ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan emosi mereka di tempat kerja juga di rumah. Namun, informan dilaporkan hanya menerima sebahagian sahaja sokongan sosial yang diperlukan seperti sokongan penjagaan anak dan jaringan sosial. Kebanyakan informan melaporkan kurang menerima sokongan kewangan daripada suami. Informan mengakui menghadapi tekanan dan kepenatan dalam mengurus rumah tangga dan kerjaya. Namun, ia boleh diringankan jika orang terdekat prihatin dan mengambil peduli. Hasil kajian boleh dijadikan sumber rujukan pihak yang berkaitan untuk membantu wanita bekerjaya meningkatkan kesejahteraan emosi dan mencapai kualiti hidup yang lebih baik. |
---|