Epistemologi dan metodologisains Islam di era Revolusi Industri 4.0

Revolusi Industri Keempat merupakan satu perubahan yang berlaku secara drastik kepada peradaban manusia di mana dunia menyaksikan penggunaan Internet of Things (IoT) dan perkembangan teknologi tanpa batas sempadan. Penggerak utama kepada Revolusi Industri Keempat ini iaitu sains dan penciptaan tek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Fariza Alyati Wan Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14781/1/33541-104552-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14781/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Revolusi Industri Keempat merupakan satu perubahan yang berlaku secara drastik kepada peradaban manusia di mana dunia menyaksikan penggunaan Internet of Things (IoT) dan perkembangan teknologi tanpa batas sempadan. Penggerak utama kepada Revolusi Industri Keempat ini iaitu sains dan penciptaan teknologi berasaskan IoT serta Artificial Intelligence (AI) merubah makna menjadi manusia (post-humanism). Sains dalam tamadun Islam muncul sebagai hasil daripada pandangan alamnya yang syumul, justeru sains era Revolusi Industri Keempat kini tidaklah boleh diterima kebenarannya secara membuta tuli kerana asas epistemologi dan metodologinya yang asing daripada asas epistemologi dan metodologi Islam. Berdasarkan premis di atas, umat Islam memerlukan sains yang tersendiri, hasil daripada pandangan hidup dan nilainya yang sejati. Karya ini meneliti premis epistemologi dan metodologi sains Islam berdasarkan kaedah analisis dokumen yang terkandung dalam penulisan beberapa orang pemikir Islam seperti Ziauddin Sardar, Alparslan Acikgenc dan Osman Bakar secara umum. Ia pada akhirnya merumuskan bahawa sains dan teknologi Islam mempunyai kerangkanya yang tersendiri dan menjadi alternatif kepada sains dan teknologi Barat.