Keperluan penggunaan modul etika kerja guru dalam meningkatkan penghayatan nilai pelajar
Untuk melahirkan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil dan progresif, setiap guru harus memainkan peranan sebagai role model kepada pelajar. Kepatuhan guru terhadap etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kod etika guru dan Standard Guru Malaysia perlu dititikbera...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14784/1/33545-104559-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/14784/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Untuk melahirkan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil dan progresif, setiap guru harus
memainkan peranan sebagai role model kepada pelajar. Kepatuhan guru terhadap etika kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), kod etika guru dan Standard Guru Malaysia perlu dititikberatkan bagi melahirkan golongan pendidikan
yang memiliki nilai etika yang baik dan berkualiti tinggi. Menyedari kepentingan ini, satu modul etika kerja guru telah
dibina khusus bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan amalan tentang etika kerja bertujuan melahirkan guru
yang berkualiti pada masa kini dan pada masa hadapan. Artikel ini memberi tumpuan kepada pembinaan modul tersebut
yang telah dibuat berdasarkan Model Pembinaan Modul yang telah perkenalkan oleh Sidek Noah. Dalam membangunkan
sesebuah modul, Model ini telah menetapkan dua peringkat, iaitu sembilan langkah di peringkat pertama dan dua
langkah di peringkat kedua. Modul etika kerja ini telah melalui kesemua peringkat yang dicadangkan. Berdasarkan hasil
penilaian yang dilakukan oleh pakar penilai modul mendapati bahawa aras pekali secara keseluruhan bagi kesahan
modul adalah 0.79 dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk modul etika kerja KPM adalah tinggi iaitu 0.95. Dapatan
kajian membuktikan bahawa modul etika kerja KPM ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian
ini mendapati, semua aktiviti yang terkandung dalam modul ini adalah sesuai dan boleh digunakan sebagai alat, bahan,
sumber dan panduan yang boleh memberi bimbingan, kesedaran, keinsafan, semangat dan motivasi kepada semua guru
sekolah di seluruh Malaysia. Ia juga berupaya meningkatkan kesedaran dan kualiti tingkah laku para guru dan pelajar
sekaligus meningkatkan penghayatan nilai murni dalam kalangan guru dan pelajar. Modul yang dihasilkan ini juga
penting sebagai bahan rujukan untuk melahirkan para guru yang berkualiti pada masa akan datang. |
---|