Kajian parametrik analisis terma bumbung menggunakan teknik berangka
Suhu iklim yang semakin meningkat kini telah membawa perhatian untuk mengurangkan tenaga haba solar masuk ke dalam bangunan. Usaha mengurangkan kebergantungan kepada penyaman udara untuk penyejukan dalaman telah membawa kepada pelaksanaan strategi penyejukan pasif dalam bangunan. Makalah ini membe...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14844/1/09.pdf http://journalarticle.ukm.my/14844/ http://www.ukm.my/jkukm/volume-321-2020/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Suhu iklim yang semakin meningkat kini telah membawa perhatian untuk mengurangkan tenaga haba solar masuk ke
dalam bangunan. Usaha mengurangkan kebergantungan kepada penyaman udara untuk penyejukan dalaman telah
membawa kepada pelaksanaan strategi penyejukan pasif dalam bangunan. Makalah ini membentangkan penyiasatan
pelaksanaan teknologi reflektif dalam bentuk sistem penebat reflektif dan sistem penghalang bersinar dalam bumbung
“gable.” Prestasi terma sistem penebat reflektif dan sistem penghalang bersinar telah disiasat dengan menggunakan
simulasi Computational Fluid Dynamics (CFD). Prestasi terma teknologi reflektif dibentangkan dari segi ketahanan haba,
nilai RSI. Kajian ini dijalankan untuk beberapa konfigurasi bumbung di mana ketebalan ruang udara reflektif, sudut
bumbung dan jenis bumbung diubah. Hasil yang diperoleh daripada simulasi CFD telah disahkan dengan data empirik
untuk memastikan simulasi memberikan ramalan yang berketepatan yang tinggi. Analisis parametrik menunjukkan ruang
udara reflektif yang lebih tebal akan memberikan pengudaraan udara yang lebih baik di kawasan ruang udara dan ini
membawa kepada daya tahan haba yang lebih tinggi. Selain itu, sudut bumbung yang lebih curam akan meningkatkan
kesan keapungan dan meningkatkan penyingkiran haba melalui rabung yang juga menghasilkan daya tahan haba yang
lebih tinggi. Dari segi jenis bumbung, hanya perbezaan kecil diperhatikan dari segi kerintangan haba apabila menukar
jenis bumbung antara jubin tanah liat dan jubin konkrit. Kajian ini berjaya menggunakan simulasi CFD dalam menyiasat
teknologi penebat haba di bangunan dan kaedah ini harus diterokai lebih lanjut pada masa akan datang. |
---|