Peguam syarie di Malaysia: analisis perkembangan pelaksanaannya di mahkamah syariah

Peguam syarie mewakili pihak-pihak bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka di mahkamah. Konsep perwakilan ini telah wujud sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Kajian ini berhasrat untuk mencapai tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis tadbir urus perwakilan peguam syarie pada zaman Rasulul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hammad Mohamad Dahalan, Mas Nooraini Mohiddin, Mohamad Rizal Abd Rahman, Nur Khalidah Dahlan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14859/1/36252-116588-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14859/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1243
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peguam syarie mewakili pihak-pihak bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka di mahkamah. Konsep perwakilan ini telah wujud sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Kajian ini berhasrat untuk mencapai tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis tadbir urus perwakilan peguam syarie pada zaman Rasulullah, sahabat serta pelaksanaannya di mahkamah syariah di Malaysia pada masa kini. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan semasa berkaitan tadbir urus tersebut di mahkamah syariah. Ketiga, ianya mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang dikenal pasti. Kajian ini mengguna pakai kerangka perundangan tulin yang dianalisis secara kualitatif. Data telah dikumpul melalui kaedah kajian perpustakaan serta kaedah temu bual separa struktur. Data perpustakaan kemudiannya dianalisis melalui kaedah-kaedah analisis kandungan dan analisis kritis. Data dari temubual pula dirakam, dilakukan transkripsi serta kemudiannya dimasukkan ke dalam penulisan sebagai hujah sokongan. Kajian mendapati tadbir urus perwakilan peguam syarie berkembang dari dari semasa ke semasa. Kajian turut mendapati ketidakseragaman dalam tadbir urus peguam syarie di mahkamah syariah pada masa kini. Kajian akhirnya mencadangkan agar diwujudkan tadbir urus peguam syarie yang seragam, teratur serta terperinci.