Laluan Sutera Baharu Maritim China dan implikasinya ke atas autonomi negara Malaysia dan Indonesia
Peralihan strategi China menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang diperkenalkan Xi Jinping pada tahun 2013 bukan setakat memberi saingan kepada kuasa besar lain seperti AS tetapi telah menarik minat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia menyertai projek Laluan Su...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14971/1/20047-100761-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14971/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Peralihan strategi China menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang diperkenalkan Xi Jinping pada tahun
2013 bukan setakat memberi saingan kepada kuasa besar lain seperti AS tetapi telah menarik minat pelbagai
negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia menyertai projek Laluan Sutera Baharu
Maritim. Sambutan baik ini bukan sekadar atas keyakinan sejarah Laluan Sutera Maritim Klasik, tetapi
dipengaruhi oleh keinginan negara-negara tersebut memperoleh modal dan teknologi daripada China.
Kemasukan modal China secara besar-besaran melalui kerjasama ini walau bagaimanapun mencetuskan
kebimbangan dalam kalangan pemimpin lokal dan kelompok-kelompok lain tentang kemungkinan dominasi
oleh China. Makalah ini menghujahkan Malaysia dan Indonesia menerima manfaat besar dalam projek
kerjasama Laluan Sutera Baharu Maritim bersama China. Dalam pada itu, ia juga menimbulkan prospek
serta cabaran baharu khususnya kepada autonomi negara. Dari segi kaedah, makalah ini memperoleh data
primer menerusi temu bual mendalam bersama beberapa tokoh informan utama Malaysia dan Indonesia
serta dikukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Menerusi artikel ini mendapati di
satu pihak Malaysia dan Indonesia berpendirian positif dengan melihat manfaat serta peluang daripada
kerjasama ini tetapi di pihak lain, ia terkesan dengan beberapa implikasi yang berbeza. Bagi Malaysia,
kemasukan modal China secara besar-besaran dan mendadak ini menimbulkan kebimbangan domestik
akan kemungkinan pergantungan yangberlebihan kepada China. Manakala Indonesia menerusi strategi
Poros Maritim Dunia yang digagaskan Jokowi dilihat sebagai upaya mengekalkan kemandirian serta
kuasa autonomi negara. Namun lambakan produk China ke dalam pasaran Indonesia juga dilihat sebagai
persaingan dan ancaman kepada kepentingan ekonomi lokal. Artikel ini juga menyumbang dalam batas
tertentu kepada korpus ilmu pembangunan serantau. |
---|