Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak: antara hak negeri dan kepentingan nasional (1963-1966)
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. Oleh itu pihak kerajaan cuba melaksanakan usaha penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat. Ini termasuklah memperkenalkan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Namun dem...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14981/1/26887-100769-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14981/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu alat untuk
mencapai perpaduan nasional. Oleh itu pihak kerajaan cuba melaksanakan usaha penggunaan bahasa Melayu
di semua peringkat. Ini termasuklah memperkenalkan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Namun demikian
pelaksanaannya mengalami masalah apabila kerajaan negeri Sarawak pimpinan Stephen Kalong Ningkan
melambat-lambatkan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak. Hal ini menimbulkan pertentangan antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk melaksanakan penggunaannya di Sarawak. Kerajaan negeri cuba
menggunakan alasan dengan Perkara 18 yang menguntukkan kebebasan untuk kerajaan negeri mengekalkan
penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak sebagai bahasa rasmi. Hal ini membawa kepada bantahan kerajaan
pusat dibawah pimpinan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman mengingatkan kerajaan negeri
Sarawak tentang kepentingan bahasa Melayu untuk perpaduan rakyat. Sebaliknya, Ningkan tidak berganjak
dan mahukan status quo bahasa Inggeris dikekalkan di Sarawak. Krisis antara kerajaan pusat dan negeri ini
semakin membesar dengan pelbagai isu lain seperti pelaksanaan Malaysianisasi dalam perkhidmatan negeri
Sarawak, isu penjualan tanah, pemecatan beberapa menteri kabinet dan masalah peribadi ketua menteri.
Hal ini memberi ruang kepada pihak yang tidak senang dengan Ningkan untuk mendesak beliau meletak
jawatan. Krisis ini membawa kepada ketidakstabilan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan mengambil
tindakan untuk menyingkirkan Ningkan. Dengan sokongan daripada ahli politik Sarawak, Ningkan telah
disingkirkan. Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan mengambil bahan-bahan dari
arkib dan perpustakaan. Sumber-sumber yang digunakan adalah sumber bercetak terutamannya dari bahan
primari. Menerusi kajian ini mendapati bahawa persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat penting
untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah kerajaan. |
---|