Menelusuri elemen sejarah dalam novel
Karya kreatif termasuklah novel, mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah kerana ia dihasilkan berdasarkan kreativiti yang terbentuk daripada pengetahuan serta pengalaman diri sendiri ataupun pengalaman orang lain. Novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada t...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14988/1/31232-100756-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14988/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Karya kreatif termasuklah novel, mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah kerana ia dihasilkan
berdasarkan kreativiti yang terbentuk daripada pengetahuan serta pengalaman diri sendiri ataupun
pengalaman orang lain. Novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1999 bertolak daripada peristiwa sejarah Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong adalah satu
peristiwa berdarah di mana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis pada 23 Februari 1950 di Bukit
Kepong, Muar, Johor. Novel ini antara lain memaparkan kembali perjuangan anggota polis mempertahankan
Bukit Kepong daripada serangan pengganas komunis itu dalam bentuk karya kreatif. Kajian ini melihat
bagaimana elemen sejarah digarapkan dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah itu boleh
dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah. Hasil penelitian mendapati novel ini telah menggunakan
elemen sejarah yang tepat apabila menampilkan watak-watak sebenar yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
Dari sudut latar masa dan tempat juga memperlihatkan waktu dan tempat di masa peristiwa Bukit Kepong
itu berlaku dan kawasan sekitarnya seperti Pagoh, Muar dan lain-lain. Novel turut menampilkan wajah
Johor pra-merdeka. Daripada aspek peristiwa pula novel ini bertolak daripada tiga peristiwa besar iaitu
gerakan komunis di Tanah Melayu, Darurat di Tanah Melayu dan Majlis Kenangan 1976. Pengarang didapati
telah melakukan penyelidikan yang cukup teliti termasuklah mengadakan beberapa sesi temu ramah dengan
tokoh-tokoh yang terlibat dalam peristiwa tersebut baik secara langsung mahupun tidak langsung, meneliti
fakta-fakta daripada fail polis lantas diadun pula dengan daya kreativiti dan imaginasi yang seimbang
antara isi dan bentuk. Elemen sejarah dalam novel ini boleh dipertanggungjawab dan dijadikan rujukan. |
---|