Variasi leksikal ganti nama diri dalam varian Ulu Berang
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji tentang keistimewaan leksikal ganti nama diri yang wujud dalam subdialek Ulu Berang. Subdialek Ulu Berang adalah salah satu bentuk pertuturan yang dituturkan oleh orang Melayu Terengganu di kampung Payang Kayu dan Baong. Subdialek ini kurang dikenali umum keran...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14997/1/31302-100744-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14997/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini bertujuan untuk mengkaji tentang keistimewaan leksikal ganti nama diri yang wujud dalam
subdialek Ulu Berang. Subdialek Ulu Berang adalah salah satu bentuk pertuturan yang dituturkan oleh orang
Melayu Terengganu di kampung Payang Kayu dan Baong. Subdialek ini kurang dikenali umum kerana subdialek
ini dituturkan di pedalaman hulu mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu dan dipercayai terdapatnya beberapa
leksikal yang unik diguna pakai oleh penutur subdialek tersebut. Selain itu keunikan leksikal dalam subdialek
ini jelas berbeza dengan varian dialek Melayu Terengganu (DMT) atau dialek-dialek Melayu Semenanjung
yang lain. Kajian ini memanfaatkan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah lapangan dan temu bual informan untuk
mendapatkan data-data leksikal ganti nama diri. Kajian ini memfokuskan tiga tahap perbincangan mengenai
penggunaan leksikal ganti nama diri yang terdapat dalam subdialek Ulu Berang iaitu Kata Ganti Nama
Diri Pertama (KGND1), Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND2) dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND3).
Secara ringkasnya, kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak tujuh leksikal KGND yang digunakan
dalam subdialek Ulu Berang ini iaitu [akǝʔ] [sajɛ] dan [kitɛ] (KGND1), [mǝŋ] dan [mumi] (KGND2), [dijɛ] dan
[dimi] (KGND3). Leksikal [akǝʔ] dianggap mempunyai hubungan yang selesa dan akrab sesama mereka. Ia
sering digunakan untuk merujuk seseorang individu berbanding [sajɛ]. Leksikal [kitɛ] yang merujuk kepada
penanda jamak pula sering digunakan dalam setiap perbualan mereka. Penggunaan KGND2 [mǝŋ] merujuk
kepada maksud kamu atau mu. Manakala [mumi] merujuk lebih dari seorang iaitu kamu semua. Leksikal [dijɛ]
digunakan untuk merujuk orang ketiga secara individu manakala leksikal [dimi] dituju kepada orang ketiga
secara jamak atau lebih dari seorang individu itu. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap bidang
pengkajian dialektologi Melayu dan bidang pendokumentasian dialek Melayu. Selain bertujuan memperlihatkan
variasi leksikal KGND, kajian ini juga cuba memastikan agar pengetahuan mengenai leksikal dalam subdialek
ini akan terus dipelihara, dilindungi dan dikenali oleh generasi yang akan datang. |
---|