Hubungan dan pengaruh personaliti Big Five kepada sikap terhadap sukan dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik

Pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) merupakan pelajar yang berbakat dalam bidang akademik. Banyak kajian dilakukan ke atas kecenderungan mereka kepada akademik, manakala kecenderungan mereka dalam bidang sukan kurang diteroka. Kajian ini meninjau hubungan dan pengaruh personaliti Big Five terhadap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Rezawana Wan Daud, Tajul Arifin Muhamad, Melor Md Yunus
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15245/1/34309-129376-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15245/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1250
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) merupakan pelajar yang berbakat dalam bidang akademik. Banyak kajian dilakukan ke atas kecenderungan mereka kepada akademik, manakala kecenderungan mereka dalam bidang sukan kurang diteroka. Kajian ini meninjau hubungan dan pengaruh personaliti Big Five terhadap sikap terhadap sukan (STS) pelajar PCA. 420 orang pelajar Tingkatan Empat dari enam sekolah berasrama penuh (SBP) dipilih secara rawak sebagai sampel, dan soal selidik digunakan sebagai instrumen. Dapatan menunjukkan bahawa tahap tret personaliti Big Five iaitu Extraversi, Kehematan, Kesetujuan dan Keterbukaan adalah tinggi, manakala tret Neurotik adalah sederhana. Pelajar PCA juga menunjukkan STS yang tinggi dalam konteks Penglibatan, Motivasi, Pengetahuan dan Nilai. Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Big Five dengan STS pelajar PCA, dan personaliti Big Five mempunyai pengaruh yang signifikan kepada STS dengan sumbangan sebanyak 6.5%. Kesimpulannya, pelajar PCA di Malaysia mempunyai sikap yang positif terhadap sukan, di mana personaliti Big Five mereka adalah peramal kepada STS mereka. Implikasinya, program pendidikan sukan yang selaras dengan keupayaan spesifik pelajar PCA perlu disediakan agar bakat terpendam dalam bidang sukan dapat digilap dan ditonjolkan. Pendekatan yang berbeza ke atas personaliti yang berbeza mampu memberi ruang kepada pelajar PCA untuk lebih cemerlang dalam sukan seiring dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.