Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan intelektual liberal: kelahiran dan evolusi idea

Pasca Reformasi bukan sekadar menyaksikan fenomena demonstrasi jalanan dan penentangan aktivis terhadap rejim pemerintah ketika itu, Barisan Nasional, tetapi juga kesedaran yang dipupuk dalam kalangan sebahagian aktivis dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melahirkan gerakan intelektual yang bers...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azizi Jaeh, Muhamad Takiyuddin Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15384/1/33711-125406-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15384/
http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pasca Reformasi bukan sekadar menyaksikan fenomena demonstrasi jalanan dan penentangan aktivis terhadap rejim pemerintah ketika itu, Barisan Nasional, tetapi juga kesedaran yang dipupuk dalam kalangan sebahagian aktivis dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melahirkan gerakan intelektual yang bersikap anti-establishment. Gerakan yang dipelopori Khalid Jaafar dan sekumpulan aktivis Jalan Telawi dari segi sejarahnya cenderung dengan pemikiran pencerahan dan liberalisme Barat. Artikel ini bertujuan memaparkan kegiatan golongan liberal dalam PKR selepas tercetusnya Reformasi. Di samping itu, kajian ini akan mengemukakan peranan aktor-aktor yang melingkungi intelektual PKR dalam menjayakan projek pendidikan politik. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif iaitu memberikan tumpuan kepada temu bual penulis bersama beberapa orang informan serta diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal menerusi sumber sekunder. Penemuan kajian mendapati peranan Institut Kajian Dasar (IKD) dan penganjuran program Sekolah Politik telah membantu golongan pencerahan menyusun gerakan pengkaderan dan penentangan. Kelompok ini tidak lagi berorientasi kepada tindakan demonstrasi massa dan kempen pilihan raya, sebaliknya mengadakan kegiatan intelektual bagi mempromosikan kebebasan individu dan nilai keadilan sejagat. Untuk itu, intelektual pencerahan bertindak atas sikap sukarelawan dengan mengadakan diskusi mingguan, projek penulisan buku, penulisan artikel di internet dan penterjemahan karya-karya pemikir tersohor. Projek ini turut mendapat pembiayaan dana dari pertubuhan pemikir Jerman khususnya menerusi Konrad Adeneur Stiftung (KAS). Secara tidak langsung, kegiatan ini memberikan impak kepada sebuah parti dalam menarik aktivis intelektual di bandar melakukan kerja pendidikan politik di samping pengwujudan kombinasi kelompok kiri-tengah dan kanan-tengah yang menyokong gerakan Reformasi yang dianjurkan PKR.