Faktor yang mempengaruhi kualiti sistem maklumat dari pandangan pembangun sistem
Sistem maklumat dilihat menjadi salah satu agen untuk melancarkan operasi sesebuah organisasi. Malah prestasi organisasi sering dikaitkan dengan tahap kualiti sistem yang digunapakai. Maka pelbagai usaha dan aktiviti dilakukan agar sistem yang dibangunkan berkualiti dan efektif dari segi penggunaa...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15420/1/07.pdf http://journalarticle.ukm.my/15420/ http://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Sistem maklumat dilihat menjadi salah satu agen untuk melancarkan operasi sesebuah organisasi. Malah prestasi
organisasi sering dikaitkan dengan tahap kualiti sistem yang digunapakai. Maka pelbagai usaha dan aktiviti
dilakukan agar sistem yang dibangunkan berkualiti dan efektif dari segi penggunaannya. Terdapat pelbagai
faktor yang boleh diguna untuk mengukur kualiti sesuatu sistem, malah sehingga kini banyak kajian yang
dilakukan untuk mengenalpasti faktor tersebut. Seringkali, faktor yang mempengaruhi kualiti sistem dinilai
melalui pandangan pengguna namun pandangan dari pembangun sistem sering diabaikan. Pembangun sistem
merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam pembangunan, iaitu sistem perlu dibangun berdasarkan
kepada spesifikasi yang dikenalpasti. Mereka berupaya memastikan sistem yang dibangun merupakan sistem
yang boleh digunapakai, efektif dan bebas dari sebarang ralat. Oleh itu pandangan mereka dalam menentukan
faktor yang mempengaruhi kualiti sistem yang dibangunkan wajar diambilkira. Ironinya dalam kajian lepas
pandangan pembangun sistem sering diabaikan dalam menentukan kualiti sistem, maka ini menjadi objektif
kajian ini. Kaedah kuantitatif diguna dalam kajian ini, dengan responden seramai 43 orang yang terlibat dalam
pembangunan sistem. Data dianalisis menggunakan analisis korelasi dan dapatan kajian menunjukkan bahawa
kualiti data, kepuasan pengguna dan kehendak organisasi mempunyai hubungan yang positif dalam menentukan
kualiti sistem mengikut pandangan pembangun sistem. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai garispanduan
kepada kumpulan pembangunan sistem dalam menghasilkan sistem yang berkualiti serta mampu meningkatkan
prestasi organisasi. |
---|